AHMAD RAZIF SEPENDAPAT DAKWAAN MAHATHIR NYANYUK

KUALA TERENGGANU – Umno Terengganu sependapat dengan pandangan beberapa pihak sebelum ini yang lantang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beberapa tindakan dilakukan Mahathir tidak sepatutnya berlaku terhadap seorang tokoh negarawan seperti beliau yang kini turut merupakan pemimpin kepada sebuah parti pembangkang.
Setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan menerajui kepimpinan Umno, Ahmad Razif menganggap Mahathir sepatutnya lebih menjurus memberi nasihat kepada kepimpinan masa kini berdasarkan pengalaman beliau dalam mentadbir negara.
“Zaman Tun M sudah berlalu dan beliau sebagai orang berpengalaman nasihatlah kami ini dan bukan cetus keadaan yang tidak selesa kepada rakyat,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini.
Dalam laporan sebelum ini, beberapa pemimpin Umno dan BN pernah mendakwa Mahathir sebagai nyanyuk ekoran kelantangannya mengecam keras kepimpinan Umno di samping beberapa kenyataan kontroversi termasuk pendedahan dibuat beliau berhubung kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga Menteri Besar turut menyifatkan Mahathir tidak sepatutnya terlibat dalam politik memandangkan zamannya sudah berlalu.
Sebaliknya beliau menggambarkan bahawa tokoh negarawan itu sewajarnya melakukan terbaik untuk kemakmuran rakyat dan negara.
“Jadi, ini adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Dengan keadaan usia beliau dan kenyataan dibuat itu, saya rasa, saya pun sependapat dengan orang lain yang beri pandangan sebegitu (dakwaan Mahathir nyanyuk),” katanya. – Sumber: Sinar Harian | Foto FMT
AHMAD RAZIF SEPENDAPAT DAKWAAN MAHATHIR NYANYUK AHMAD RAZIF SEPENDAPAT DAKWAAN MAHATHIR NYANYUK Reviewed by Faceless on 08:21 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.